Pengerusi MCA cawangan Sri Desa MCA, Dr Collin Tiew mendakwa presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sengaja menggunakan sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran pertubuhan tersebut pada 29 Januari lalu.
Tiew, yang menjadi sasaran cemuhan selepas dia bergambar di sebelah Ibrahim pada insiden itu pada 29 Januari lalu, mendakwa presiden PERKASA itu memang menyedari tentang adat dan pantang larang orang Cina.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Jalan Kuchai Lama, Kuala
Lumpur hari ini , Tiew berkata beliau membuat kesimpulan itu selepas membaca berita mengenai kehadiran Ibrahim di satu majlis Tahun Baru Cina di Pasir Mas, Kelantan.
Berita itu memaparkan gambar Ibrahim berbaju merah ketika meraikan warga emas di Kampung Pasir Tendang pada 21 Januari. Ibrahim adalah ahli parlimen Pasir Mas.
Menurut Tiew lagi, berita itu juga menyatakan bahawa Ibrahim menyampaikan ang pow (sampul merah) dan oren Mandarin kepada rakyat.
Oleh itu, tambah, tidak mungkin pada 29 Januari lalu, Ibrahim tidak tahu bahawa ia adalah adat orang Cina .