Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan sedia berdebat isu hapus tol di kubu BN

Sekretariat pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan menganjurkan debat di antara Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berhubung matlamat pembangkang untuk menghapuskan tol di lebuh raya di negara ini.

NONE Bagi membuktikan kesungguhan mereka mempertahankan hujah bahawa tol di lebuh raya perlu dimansuhkan untuk faedah rakyat, Pakatan memilih kubu kuat Umno Tasek Gelugor untuk dijadikan gelanggang perdebatan.

Nor Mohamed ( kanan ) juga adalah ahli parlimen Tasek Gelugor.

Pemuda Pakatan juga mencadangkan supaya perbahasan berkenaan diadakan pada 29 Februari ini di Dewan Besar MPSP, Sungai Dua, Tasek Gelugor.

“Ini adalah untuk menunjukkan pada beliau dan rakyat, bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk mendedahkan kebenaran dan membela nasib rakyat hatta di lubuk BN itu sendiri.

“Pihak kami juga bersyukur dan rasa memadai andai debat ini hanya disaksikan oleh ribuan rakyat Pulau Pinang walau kita percaya ia tidak akan disiar di media televisyen arus perdana,” kata penganjur perbahasan itu, Syed Mikael Rizal Aidid ( bawah, pertama dari kiri ) hari ini.

Untung luar biasa

Pakatan mencadangkan supaya tol di lebuh raya dihapuskan selepas menyedari konsensi mengutip tol di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hanya akan berakhir sehingga 2038.

NONE “Ini bukan soal politik lagi, bila rakyat diperah untuk mengayakan PLUS sehingga konsesi tamat pada tahun 2038!

“Ini sudah gila!” katanya.

Lim sebelum ini telah memberikan persetujuan untuk hadir berdebat tetapi Nor Mohamed sebaliknya membuat memberikan sebarang reaksi berhubung cadangan berkenaan.

Syed Mikael yang juga setiausaha Pemuda PKR Pulau Pinang pada sidang akbarnya berkata perdebatan itu juga akan menyentuh mengenai dakwaan kemungkinan Malaysia menjadi bankrap jika kutipan tol dimansuhkan.

Beliau berkata, kutipan tol di lebuh raya diwujudkan dengan tujuan membiayai kos pembinaan dan proses-proses penambahbaikan lebuhraya tetapi sebaliknya sekarang hanya untuk kepentingan pihak tertentu.

“Jika selain tujuan asal ini, tindakan untuk mempertahankan kutipan tol di saat rakyat menderita dengan kos hidup yang semakin membelit, adalah tindakan yang  sangat tidak wajar.

azlan “Ini ditambah buruk, bila rakyat mengetahui bahawa projek lebuhraya terpanjang di Malaysia, Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) kini telah mengaut keuntungan sebanyak 308 peratus bersamaan dengan keuntungan RM18 bilion bersih, selepas ditolak kos asal projek sebanyak RM5 bilion!” katanya.

Menurut Syed Mikael, adalah tidak adil apabila rakyat yang melarat terus ditekan, hanya kerana kegagalan Umno dan BN mentadbir negara ini dengan amanah?

Baru-baru ini, Nor Mohamed dipetik sebagai berkata janji Pakatan  untuk menghapuskan tol lebuh raya apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan sukar untuk dilaksanakan kerana kerajaan akan menanggung beban hutang

[Baca berita penuh]  


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS