Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'UIA boleh ambil profesor, tapi bukan ilmu saya'
Diterbitkan:  Jan 31, 2012 11:36 AM
Dikemaskini: 3:31 PM

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

NONE "UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.

"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.

Dr Aziz ( kiri ) hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Menjawab pertanyaan pembaca Utusan Malaysia , Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini , Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.

"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang.

"Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.

UIA yang minta saya pohon profesor

Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.

NONE Beliau juga berkata tidak kisah atas tindakan itu kerana kegiatan akademik awamnya bermula sejak belum bergelar profesor lagi.

"Dengan itu apa yang mereka lakukan tidak akan memberi kesan kepada saya," katanya.

Menurut Dr Aziz juga berkata, gelaran profesor itu pun dipohonnya sebelum ini atas permintaan UIA sendiri melalui surat rasmi daripada dekan sepuluh tahun lalu.

"Tidak seperti orang lain saya tidak memohon. Saya diminta oleh pihak UIA, hujung 2002, untuk memohon jawatan profesor.

"Mungkin kerana ketika itu tulisan dan autoriti saya mengatasi rakan-rakan lain dalam fakulti dan mereka mahu saya 'masuk' dulu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS