Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ‘merancakkan’ lagi perdebatan mengenai kewujudan Hang Tuah dengan mendakwa adalah salah untuk mengagumi pemimpin dalam sejarah Melayu itu.

Menjawab soalan daripada hadirin semasa siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam, beliau berkata Hang Tuah "terlalu setia" dan digambarkan melakukan perkara yang tidak terpuji sama sekali.

NONE "Beliau digambarkan sebagai seorang yang sebegitu baik, amat taat, begitu setia dan sanggup membunuh kawannya walaupun mengetahui bahawa (Hang Jebat) dihukum mati kerana sesuatu yang tidak dilakukannya.

"Untuk membunuh rakan-rakan ‘Hang’ bukan sesuatu yang terpuji langsung," kata Dr Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin.

Mengenai persoalan kewujudan pahlawan Melayu silam itu, Mahathir berkata "mungkin ada sedikit kebenaran dalam cerita itu" walaupun bukan semuanya boleh dipercayai.

Beliau berkata Hikayat Hang Tuah, yang meriwayatkan Hang Tuah mengalahkan semua negara  di dunia, termasuk Turki, tanpa menceritakan bagaimana beliau berada di negara itu tidak dapat diterima akal.

"Kebanyakan ini adalah fiksyen," katanya.

Kontroversi ini tercetus apabila pakar sejarah Profesor Khoo Kay Khim awal bulan ini mempertikaikan kewujudan Hang Tuah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS