Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Forum seks Kelab Taat Suami diserbu
Diterbitkan:  Jan 26, 2012 12:15 PM
Dikemaskini: 5:10 AM

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak (JAIPk) semalam menyerbu forum anjuran Kelab Isteri Taat (KTS) yang dikatakan untuk mempromosikan "seks suci".

Menurut laporan B erita Harian , jabatan itu menyerbu sebuah banglo mewah di Ipoh, tempat kelab itu menganjurkan forum kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam".

Lima puluh hadirin dari KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, yang diasaskan oleh bekas ahli kumpulan al-Arqam yang diharamkan, dilaporkan tergamam apabila sepasukan 10 anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu forum tersebut di Persiaran Harimau.

Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin mengesahkan serbuan itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Sementara itu, Presiden KTS, Fauziah Ariffin, bagaimanapun, menegaskan kempen tersebut tidak salah kerana menurutnya, setiap aspek kehidupan Nabi Muhammad SAW perlu dicontohi oleh semua pasangan Islam.

"Kehidupan Rasul perlu dicontohi, termasuk mengenai seks... Islam membenarkan seks, tetapi hubungan seks suci di antara suami dan isteri...," katanya dalam laporan Berita Harian.

Ini turut disokong oleh pemimpin KTS di Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu, lapor akhbar itu lagi.

Serbuan itu juga dilaporkan oleh akhbar Inggeris The Star dan New Straits Times, yang memetik Mufti Selangor, Mohd Tayes Abdul Wahid sebagai berkata kempen itu boleh merendahkan martabat  Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Tamyes Mohd berkata, kempen yang amat pelik itu bagi meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW pada 5 Februari, adalah tidak wajar kerana Rasulullah "tidak hanya berkahwin untuk seks".

Sebaliknya, kata beliau, Rasulullah berkahwin dengan wanita dari suku kaum yang berbeza untuk menyatukan orang Arab dan menyebarkan Islam," katanya, sambil menegaskan supaya digunakan cara yang lebih bijaksana untuk membanteras seks haram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS