Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kolumnis akhbar The Sydney Morning Herald , Andrew Hornery mendakwa pereka fesyen Carl Kapp yang memberi butiran mengenai Datin Seri Rosmah Mansor yang dikatakan telah membeli-belah sebanyak A$100,000 (RM325,000) semasa bercuti di sana.

Hornery yang menulis kandungan kolum gosip yang disiarkan pada hari Sabtu itu, berkata beliau mengesahkan butiran tersebut dengan Kapp selepas blog fesyen Frockwriter melaporkan tentang kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Rosmah ke butik Kapp.

"Petikan (Kapp) itu adalah petikan langsung kata-katanya sendiri," kata Hornery kepada Malaysiakini dalam satu temubual melalui emel.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS