Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keyakinan pembaca: Malaysiakini atasi pesaingnya

Portal berita Malaysiakini mendapat lebih keyakinan di kalangan pembaca berbanding dengan para pesaingnya dalam media alternatif, demikian menurut hasil kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel).

umcedel survey chart 190112 confidence in news website Kaji selidik itu - yang yang dijalankan dari 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu dan merangkumi 2,559 responden di seluruh negara - membandingkan Malaysiakini dengan The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Ia menunjukkan 15 peratus responden yakin dengan kandungan Malaysiakini, berbanding dengan masing-masing 9 peratus dan 5 peratus untuk The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Tiga peratus responden berkata mereka amat yakin tentang Malaysiakini manakala The Malaysian Insider dan Agenda Daily masing-masing memperolehi 2 dan 1 peratus.

Bagaimanapun, kelebihan Malaysiakini mungkin disebabkan oleh liputannya  yang lebih meluas dan kewujudan yang lebih lama, dengan 45 peratus responden telah membaca kandungan portal berita itu, berbanding dengan 39 peratus bagi The Malaysian Insider dan 34 peratus untuk Agenda Daily.

Malaysiakini

telah beroperasi selama lebih 12 tahun, manakala The Malaysian Insider ditubuhkan pada tahun 2009.

Ramai tak pasti kandungan di talian

Alexa.com menyenaraikan Malaysiakini pada kedudukan ke-14 paling popular dan portal berita terkemuka di Malaysia.

Bagaimanapun, sebahagian besar responden tidak pasti mengenai keyakinan mereka terhadap tiga portal tersebut, dengan masing-masing 21 peratus, 23 peratus dan 22 peratus menjawab "Tidak pasti" untuk Malaysiakini, The Malaysian Insider dan Agenda Daily.

Dalam kategori "tidak yakin" dan "amat tidak yakin" pula, Malaysiakini meraih 6 peratus, The Malaysian Insider 5 peratus dan Agenda Daily 6 peratus.

sin chew daily jit poh 120908 Bagi akhbar Cina pula, kaji selidik itu menunjukkan bahawa Sin Chew

Jit Poh mendapat keyakinan yang lebih berbanding dengan China Press, dengan 55 peratus berkata mereka sama ada amat yakin atau yakin terhadap Sin Chew Jit Poh, manakala China Press meraih 30 peratus.

Ia juga mendapati bagi akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai mempunyai kelebihan dengan 40 peratus responden menyatakan keyakinan yang kuat hingga sederhana terhadap akhbar Tamil Nesan, yang memperolehi 37 peratus.

Kaji selidik itu melaporkan margin kesilapan 1.9 peratus, dengan tahap keyakinannya ialah 95 peratus.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS