Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula kertas siasatan skandal syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada pihak polis dan mengarahkan mereka meneruskan siasatan serta mengemukakan laporan terperinci.

abdul razak baginda altantuya case 040607 tun majid tun hamzah Ketua Pendakwa, Jabatan Peguam Negara Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan bahagiannya telah meminta pihak polis untuk menyiasat lanjut perkara itu.

"Kertas siasatan dipulangkan kepada polis pada Selasa lalu," katanya.

                                                

Adalah menjadi kelaziman bagi Pejabat Peguam Negara memulangkan semula kertas siasatan kepada polis, walaupun sehingga berulang kali, jika tidak berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan sebelum memutuskan sama ada untuk membuat dakwaan.

Pihak polis telah menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara awal minggu ini.

Isnin lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan mengumumkan siasatan polis lengkap selepas mengambil 54 keterangan, termasuk daripada kakitangan NFC.

Kes berkenaan pada mulanya disiasat mengikut Seksyen 405 Kanun Keseksaan atas tuduhan jenayah pecah amanah. Namun Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada 30 November lalu berkata siasatan awal menunjukkan tiada unsur pecah amanah.

Sementara itu, pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula  mengumumkan bahawa semua aset NFC dibekukan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS