Lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) untuk pembaharuan pilihan raya dianggap munasabah", kata pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan yang membayangkan perhimpunan bantahan kali ketiga jika cadangan mereka terus diabaikan.
Sebaliknya, Ambiga membidas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menemplak BERSIH kerana didakwa mengugut kerajaan.
"Bagi saya, kerajaan yang sebenarnya mengugut rakyat,” kata Ambiga kepada Malaysiakini selepas memberi keterangan kepada panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai tahun lalu, semalam.
Menurut Ambiga yang yang dicadangkan oleh BERSIH adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Selasa lalu, Ambiga mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.
"Kami semakin cemas kerana kerajaan tidak mahu memberikan komitmen mudah supaya memastikan cadangan yang dikemukakan itu dipenuhi demi menjamin pertandingan atau pilihan raya yang adil.”