Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan nafi tidak beri bantuan kepada sekolah Cina

Kementerian Pelajaran menafikan dakwaan sebuah pertubuhan pendidikan Cina kononnya hanya 260 guru terlatih dihantar bertugas ke sekolah jenis kebangsaan Cina di seluruh Malaysia.

NONE Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong ( kiri ), berkata sebenarnya seramai 837 guru terlatih telah dihantar bertugas ke SJKC di seluruh Malaysia dan mereka ini akan memulakan tugas pada Isnin ini.

"Ini menunjukkan bahawa apa yang diperkatakan oleh mereka tidak benar sama sekali, dan apa yang diperkatakan mereka jelas ingin memberi gambaran buruk masyarakat Cina mengenai Kementerian Pelajaran," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Wee juga menafikan dakwaan kononnya Kementerian Pelajaran tidak memberi bantuan peralatan kerusi dan meja kepada sebuah SJKC di Kuala Lumpur.

"Walaupun mungkin yang diberikan oleh kita adalah sebanyak 28 kerusi dan meja tetapi yang mereka minta adalah sebanyak 50 buah, ini menunjukkan kita memberinya tetapi dakwaan mereka ialah kita langsung tidak pernah memberi apa-apa bantuan.

"Ada juga yang mendakwa sudah lima tahun kita tak pernah beri apa-apa, ini tidak benar sama sekali. Yang terbaru kita telah serahkan kerusi meja baru kepada SJKC tersebut dan ia sudah diperakukan oleh guru penolong kanan sekolah itu," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS