Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Halang tugas polis, aktivis pelajar diheret ke mahkamah

Aktivis pelajar Universiti Malaya Mohamed Bukhairy Mohamed Safian, 22, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan menghalang anggota polis dalam menjalankan tugas mereka.

NONE Mohamed Bukhairy ( kanan ), pelajar tahun kedua Akademi Islam, didakwa berkelakuan agresif terhadap pegawai polis Rohaizat Akbar Ramlie berhampiran masjid Ar Rahman di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 11:35 pagi pada 6 Januari.

Beliau adalah juga timbalan setiausaha majlis pelajar Universiti Malaya dan diwakili oleh peguam, Farhana Abd Halim.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Peng meminta ikat jamin ditetapkan pada RM6,000, tetapi Farhana berhujah bahawa Mohamed Bukhairy berasal dari keluarga miskin, dan tidak lagi mempunyai seorang bapa.

"Beliau juga terpaksa menduduki kertas peperiksaan esok dan juga minggu depan dan jumlah ikat jamin yang tinggi akan menghalangnya daripada menduduki peperiksaan.

NONE "Ikat jamin hanya bertujuan memastikan kehadiran di mahkamah dan bukan membebankan tertuduh. Tambahan pula, ini adalah tuduhan pertama," kata Farhana ( kiri ).

Majistret Parvin Hameedah Natchiar menetapkan ikat jamin sebanyak RM2, 000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Februari bagi sebutan kes itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS