Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS
Diterbitkan:  Jan 10, 2012 12:02 PM
Dikemaskini: 8:53 AM

Walaupun Datuk Dr Hasan Ali mempunyai peluang merayu terhadap pemecatannya kelmarin, peluang bekas pesuruhajaya PAS Selangor itu kembali ke pangkuan parti Islam itu dilihat amat tipis.

hadi awang on hasan ali sacking 080112 Ini kerana, keputusan memecatnya serta merta sebagai anggota parti didakwa didorong oleh pemimpin tertinggi parti Islam itu, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Tetapi, presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Hasan dipecat," dakwa penulis blog yang rapat dengan PAS Abu Bakar Rashid.

abu bakar mohd rashid penarik beca 0808081 Menulis dalam blognya, Abu Bakar yang lebih dikenali sebagai "Penarik Beca" mendedahkan, majoriti anggota jawatankuasa pusat PAS hanya mahu Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan sahaja.

Sejak tiga tahun lalu, Abu Bakar ( kiri ) antara penulis blog bahagian hadapan yang rancak mengkritik dan mendedahkan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno yang dikaitkan dengan Dr Hasan.

Ketika dihubungi Malaysiakini , sumber mengesahkan spekulasi Abu Bakar dengan menambah bahawa Nik Aziz yang juga mursyidul am antara yang mengutarakan cadangan pemecatan itu ekoran kenyataannya yang didakwa sering mencemuh garis parti.

Mat Sabu: Majlis Syura seperti mahkamah

Anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimapun berpendapat, Dr Hasan masih mempunyai sekiranya memutuskan merayu kepada Majlis Syura – badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar.

ucsi integrity congress 160910 dzulkefly Peluang itu, tambah anggota parlimen Kuala Langat itu, ekoran kepetahan ahli motivas itu berhujah.

Katanya, anggota Majlis Syura – yang turut disertai pemimpin kanan pusat – yang terlibat menentukan nasib Dr Hasan sebelum ini akan mengundur diri sekiranya kes itu dibincang.

Bagaimanapun, menurut Dr Dzulkefly ( kanan ) tiada tanda-tanda menunjukkan Dr Hasan mahu terus bersama PAS.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, keputusan “mengambil tindakan” terhadap Dr Hasan dibuat secara sebulat suara setelah mempertimbangkan pelbagai cadangan meliputi pemecatan, penggantungan dan menghadapkannya ke jawatankuasa disiplin.

NONE Selepas membahaskannya, jawatankuasa bersetuju memecatnya, tambah Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Ditanya tenang peluang Dr Hasan dalam Majlis Syura, Mohamad hanya menjawab “Wallahua'lam” (hanya Allah yang Maha Tahu) dan menegaskan kuasa majlis itu yang seperti mahkamah yang bebas.

[Baca berita penuh]

ADS