Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakatan digesa minta maaf atas 'tuduhan liar'
Diterbitkan:  Jan 9, 2012 3:39 PM
Dikemaskini: 10:20 AM

Pakatan Rakyat digesa memohon maaf ekoran kenyataan "liar, palsu dan tidak berasas" terhadap badan kehakiman dan kerajaan berhubung kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

gerakan agm 151011 chang ko youn Timbalan Presiden GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn ( kanan ) berkata, keputusan Mahkamah Tinggi bahawa ketua pembangkang tidak bersalah sekali gus mengetepikan kesemua dakwaan itu.

"Keputusan hari ini mempertahankan kerajaan dan pemimpin Pakatan harus mempunyai keberanian untuk memohon maaf," katanya sambil menegaskan kebebasan mahkamah daripada penguasaan eksekutif seperti didakwa.

Pandangan yang sama dikongsi anggota parlimen BN daripada Kota Belud Abdul Rahman Dahlan.

"Saya tahu mereka sedang meraikan tetapi bolehkan seseorang ingatkn Pakatan supaya menghantar nota ringkas memohon maaf kepada Hakim Zabidin Mohd Diah?

"Saya rasa beliau berhak mendapatkannya," katanya dalam Twitter.

NONE Sementara itu, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula mendakwa, keputusan itu menggambarkan "keputusan politik" dan langkah yang dilihat bagi menghalang BN daripada terus kehilangan sokongan.

Setiausaha agungnya S Arutchelvan ( kiri ) berkata, perbicaraan Liwat II seperti juga Liwat I merupakan permainan kuasa pemerintah  dan dari awal lagi Awar tidak patut didakwa.

"Tetapi kuasa pemerintah mahukan permainan itu berlaku dan akhirnya pagi ini, keputusan politik terhadap hasrat orang ramai disampaikan," katanya.

Pilihan raya

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ( bawah ) pula mengingatkan pembangkang supaya menumpukan usaha gerak kerja pilihan raya memandangkan keputusan hari ini boleh digunakan untuk menaikkan imej perdana menteri.

NONE "PAS juga mengingatkan petugas parti agar menumpukan kepada gerak kerja parti, kerana dengan keputusan ini dijangka pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

"Sehubungan itu, seluruh jentera parti mesti menggandakan upaya bagi mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang."

Tuan Ibrahim juga berharap dengan keputusan mahkamah hari ini, nama baik Anwar akan dibersihkan dan segala tohmahan liar terhadap beliau dan keluarga beliau dihentikan.

“Dengan bukti yang cukup rapuh dari awal, sepatutnya tuduhan ini dibuang kes lebih awal, namun begitu keputusan hari ini membuktikan Anwar hanyalah mangsa tohmahan tuduhan liar yang dibuat oleh beberapa pihak,” tegas beliau.

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia menyambut baik pembebasan Anwar dan menyatakan bahawa "prinsip keadilan semula jadi menuntut tidak kurang daripada itu", lapor agensi berita nasional.

NONE "Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah," kata Presidennya Lim Chee Wee ( kiri ) dalam satu kenyataan.

"Majlis Peguam Malaysia berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan dan sebaliknya terus menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama .

ADS