Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan: Saya sedih dibalas sedemikian rupa
Diterbitkan:  Jan 8, 2012 5:13 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali menyuarakan rasa sedihnya kerana dipecat daripada anggota PAS oleh jawatankuasa pusat parti itu berkuatkuasa serta merta pada hari ini.

"Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK (anggota jawankuas) PAS Pusat itu.

"Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa," katanya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya  hari ini mengumumkan memecat Dr Hasan atas tindakannya yang didakwa "menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS".

Pemecatan berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan parti itu dibuat setelah mesyuarat jawatankuasa pusat lebih tiga jam di Kuala Lumpur pagi ini.

Dalam kenyataan segeranya hari ini, bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata akan merujuk kepada sahabat-sahabatnya untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau juga berkata akan memanggil sidang akhbar dalam masa  terdekat untuk menjelaskan kedudukannya berhubung perkara itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS