Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis perhebat kempen anti demo 'Bebaskan Anwar'

Polis telah memperhebatkan kempen media sosial terhadap perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari ini apabila keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan.

NONE Laman rasmi Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia berkongsi gambar dan video rusuhan yang lalu, termasuk laporan Berita ABC mengenai rusuhan di kota London pada Ogos lalu.

Tajuk klip video mengenai rusuhan London berbunyi:

"Adakah ini yang anda inginkan?

“Kejadian perhimpunan secara aman yang berlarutan sehingga menjadi rusuhan yang pernah berlaku di negara asing harus dijadikan iktibar jika kita ingin mengejar kebebasan dan hak bersuara.

“Pengajaran daripada sejarah, keamanan merupakan nilai utama kemakmuran negara.

“Bersama-sama kita, bangsa Malaysia, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati bersama selama-lamanya.”

Klip video lebih dua minit itu menunjukkan penunjuk perasaan memecahkan tingkap, bangunan manakala kenderaan dibakar dan mereka bertarung dengan pihak polis di jalanan sekitar kota London.

Klip ini juga menunjukkan seorang wanita yang terpaksa terjun dari sebuah bangunan terbakar untuk menyelamatkan diri dengan suara latar pembaca berita ABC News menerangkan kejadian itu  sebagai "sungguh dahsyat".

Gambar lain menunjukkan seorang penunjuk perasaan memanjat atas sebuah kereta peronda polis, manakala satu lagi gambar memaparkan sebuah van diterbalikkan. Walau bagaimanapun, sumber gambar-gambar berkenaan tidak jelas.

pdrm riot pic in facebook Selain itu, polis juga memuat-naikkan wawancara dengan seorang 'pekedai' dan 'pengawal keselamatan' yang membuat komen-komen negatif berhubung perhimpunan yang dirancangdi luar kompleks Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, Isnin ini.

pdrm riot pic in facebook "Jika boleh, jangan sertai perhimpunan 901 kerana ia menimbulkan masalah kepada semua orang," kata seorang pekedai yang hanya dikenal sebagai 'Encik Kenny' dalam klip video satu minit itu. Dakwanya, perhimpunan BERSIH dan gerakan Reformasi sebelum ini telah memberi kesan terhadap perniagaannya.

PKR semalam mengisytiharkan bahawa 100,000 penyokongnya termasuk daripada PAS dan DAP akan berada  di luar kompleks mahkamah pada hari Isnin ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS