Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jam menunjukkan angka 12.30 pagi. Di tempat perhimpunan yang sepatutnya berlangsung, kecuali bunyi letupan bunga api tahun baru, malam sunyi sekali.

smm protest in sultan idris university 010112 injured student in front of car Mahasiswa-mahasiswa yang berkumpul di pintu belakang Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) menghilang secara misteri selepas sepasukan polis -- yang datang dengan Black Maria, van, empat kereta peronda dan beberapa motosikal -- merampas plakat dan kuntuman bunga yang dibawa mereka.

"Kami akan berkumpul semula di pintu depan," bisik Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Syukri Ab Razab yang kemudiannya membawa sekali yang lain dengan kenderaannya.

Pemimpin-pemimpin pelajar juga memutuskan 'beredar' selepas enggan hadir ke balai polis untuk "tujuan dokumentasi" walaupun kad pengenalan mereka diambil.

smm protest in sultan idris university 010112 student lay on floor Polis juga merekodkan butiran dalam kad pengenalan beberapa mahasiswa sambil berkongsi dengan kumpulan berpakaian biasa yang mendakwa sebagai "keselamatan universiti".

Tidak jelas sama ada mereka daripada Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tetapi kelihatan kenderaan bertanda bahagian itu kelihatan diletakkan berdekatan kawasan itu.

Berpindah ke pintu depan, suasana hening tanpa seorang pun mahasiswa. Yang kelihatan cuma pegawai universiti mengintai dari belakang pagar besi.

Bagaimanapun, jika dipandang sekali lagi, saya sedar beberapa mahasiswa cuma duduk diam-diam dalam kenderaan di seberang jalan dengan enjin kereta ditutup. Bahkan, mereka ada di mana-mana.

[Baca laporan penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS