Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saifuddin: Tak puas hati wajar kemuka bukti
Diterbitkan:  Jan 2, 2012 12:02 PM
Dikemaskini: Jan 3, 2012 12:30 AM

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihak yang tidak berpuas hati dalam insiden di Tanjung Malim semalam wajar tampil mengemukakan bukti masing-masing.

NONE "Saluran menyuarakannya ada, contohnya melalui SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)," katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.

Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.

Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.

Menurut Saifuddin, setelah meneliti kenyataan pelbagai pihak di pelbagai medium, beliau mendapati terdapat kenyataan atau istilah tertentu yang digunakan secara tidak tepat dan tidak sesuai.

"Saya seru semua pihak agar lebih berhati-hati mngeluarkn kenyataan atau menggunakan istilah. Kerana saya bimbang berlaku fitnah daripada insiden ini.

 

"Mahasiswa ada hak bersuara, tapi perlu dengan cara sesuai. Polis ada tanggungjawab menjaga keamanan dengan cara tertentu. Saya yakin tiada permusuhan antara kedua-duanya," katanya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS