Sejak lebih 10 tahun yang lalu, Malaysiakini akan memilih seorang newsmaker setiapkali tibanya bulan Disember menjelang berlabuhnya tirai pada setiap tahun.
Newsmaker
ditakrifkan sebagai "seseorang yang tindakannya menjadi tajuk berita, yang memberi kesan pada wacana awam dan membawa impak - baik atau buruk - kepada politik Malaysia".Bagi tahun 2011, kami telah memutuskan untuk memecah tradisi kami sejak sedekad lalu, dan sebaliknya menyerahkan kepada pembaca Malaysiakini membuat pilihan mereka daripada senarai tujuh calon.
Seperti yang diduga, pemilihan pembaca membabitkan persaingan sengit antara dua calon.
Satu merupakan seorang individu yang dilihat ramai sebagai wajah satu gerakan, manakala yang satu lagi adalah 50,000 orang, yang mengharungi jalan di Kuala Lumpur di tengah-tegah tembakan air berkimia serta gas pemedih mata pada bulan Julai lalu apabila rakyat bangun untuk mengatakan 'tidak' kepada penipuan pilihan raya.
Semalam, pembaca Malaysiakini memilih gerakan BERSIH sebagai berita utama 2011.
Maka, tidaklah mengejutkan apabila pilihan bagi newsmaker bagi tahun ini adalan antara penyelaras BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan dan penyokong BERSIH - rakyat Malaysia yang menyorang gerakan yang menakjubkan itu.
Dan pemenang bagi newsmaker tahun 2011 ialah penyokong BERSIH!
Daripada 1,222 pembaca Malaysiakini yang mengambil bahagian
dalam tinjauan selama lima hari itu, 491 memilih penyokong BERSIH, manakala 305 memilih Ambiga.
'Wanita Pertama' Datin Rosmah Rosmah Mansor di tempat ketiga dengan 181 undi, mungkin dibantu oleh banyak dakwaan yang menyelubungi dirinya - yang terbesar ialah dakwaan memiliki cincin berlian bernilai RM24 juta.
Ini merupakan tahun kedua anugerah newsmaker dimenangi oleh kumpulan rakyat dan bukan individu.
Pada tahun 2008, Malaysiakini menamakan 'anda' sebagai newsmaker kerana mencetuskan tsunami politik yang melanda negara ini sewaktu pilihan raya umum pada tahun berkenaan.
Persoalan pentingnya ialah: Adakah 'anda' akan sekali lagi menjadi newsmaker pada tahun 2012?
Pilihan pembaca - 10 berita utama tahun 2011
Newsmaker sebelum ini:
2010 - Ibrahim Ali
2009 - Teoh Beng Hock
2008 - ANDA
2007 - VK Lingam
2006 - Mahathir Mohamad
2005 - anugerah Bersama - Rafidah Aziz dan Mahathir Mohamad
2004 - S Samy Vellu
2003 - Husam Musa
2002 - Zainuddin Maidin
2001 - Rais Yatim