Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi kenyataan perdana menteri bahawa menteri kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak ada menyerahkan surat peletakan jawatan.
Ketika ditanya pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin hanya menjawab: "Tak ada."
Terdapat spekulasi hangat bahawa kabinet minggu lalu menerima peletakan jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Ia mula tersebar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah ( atas ) pejabat Perbadanan Fidlot Kebangsaan di Solaris Mont Kiara pada Jumaat.