Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy yang menghadapi desakan berundur hari ini menyalahkan laporan sebuah akhbar.

Beliau menyalahkan kandungan laporan dalam harian berbahasa Inggeris The Star bertarikh 23 Disember yang bertajuk ‘DAP in distress' (DAP dalam kesusahan).

"Pada pagi 23 Disember, saya menelefon wartawan berkenaan untuk menyatakan kekesalan terhadap kandungan artikelnya," kata Ramasamy dalam sidang media di Kuala Lumpur.

"Beliau (wartawan itu) berjanji menarik balik dalam laman web penerbitan itu pada yang hari yang sama."

Bagaimanapun, pada 24 Disember, kenyataan itu dikendurkan dalam artikel bertajuk 'DAP's Ramasamy changes his tune' (Ramasamy tukar nada), katanya.

ADS