Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Adam tidak keseorangan, kata Pemuda PAS
Diterbitkan:  Dec 23, 2011 11:17 AM
Dikemaskini: 11:03 AM

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

NONE "Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan ke atasnya telah melepasi  batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

NONE "Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai

asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan Anang Nasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak,  mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS