Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahfuz anggap Hasan isytihar perang terhadap PAS

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menganggap tindakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mempersoalkan konsep negara kebajikan anjuran parti itu seperti mengisytiharkan perang terhadap parti Islam itu.

Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.

azlan katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti exco kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar.

Mahfuz bertanya sama ada apa yang PAS lakukan salah kerana Islam juga menganjurkan konsep negara kebajikan.

Mahfuz, bagaimanapun, tidak menggesa Hasan meninggalkan parti itu, tetapi berkata beliau (Hasan) boleh menentukan sendiri masa depannya dalam PAS.

Maka, katanya, adalah tidak perlu untuk beliau memberi apa-apa nasihat kerana Hasan yang merupakan seorang penceramah motivasi terkenal.

Tetapi, tambahnya, jika beliau dalam kedudukan Hasan, "saya akan angkat kaki".

[Baca berita penuh]

ADS