Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
GFI: Bank Negara tak hubungi kami
Diterbitkan:  Dec 21, 2011 11:40 AM
Dikemaskini: 7:54 AM

Badan pemikir Global Financial Integrity (GFI) menolak dakwaan timbalan menteri kewangan Datuk Donald Lim bahawa badan tersebut telah berhubung dengan Bank Negara untuk menangani isu pelarian wang haram.

P azlan engarah komunikasi (GFI) Clark Gascoigne dalam emel balasnya kepada Malaysiakini berkata, kenyataan Lim itu tidak benar.

"(Bank Negara) tidak pernah menghubungi kita dan kita tidak pernah bercakap dengan mereka," katanya lagi mengulas kenyataan Lim, Sabtu lalu.

Lim juga telah memberitahu Malaysiakini bahawa pelarian wang haram berjumlah RM150 bilion pada 2009 itu "bukan satu isu baru" dan Bank Negara juga telah mengambil langkah untuk mengatasi kebocoran tersebut.

Kenyataan Lim itu juga selari dengan kenyataan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar yang mengaitkan jumlah pelarian dana itu dengan kegiatan penyucian wang haram.

Ismail juga berkata tindakan telah dijalankan untuk membekukan aset golongan yang terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS