Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).
Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.
Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.
Anwar ( atas ) yang juga bekas menteri kewangan mempersoalkan andaian penting ETP bahawa rakyat Malaysia akan mendapat pendapatan negara kasar (GNI) per kapita sebanyak RM RM48,000 pada tahun 2020, iaitu:
- Pertambahan 3.6 peratus pendapatan tahunan dijangka dari 2010 hingga 2020 terlalu optimis kerana peningkatan purata cuma 2.6 peratus setahun dalam tempoh sepuluh tahun, berdasarkan Kementerian Sumber Manusia.
- Peningkatan pendapatan sebenar daripada 1984 sehingga 1997 dalam bidang pengilangan dan peladangan hanya masing-masin 2.3 dan 2.8 peratus, menurut Bank Pembangunan Asia.