Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng bergegas pulang ke Pulau Pinang petang semalam untuk 'menyelami' pula krisis lain yang mungkin 'meletup' di konvensyen DAP negeri itu esok.

NONE Difahamkan Lim, (kiri) yang juga ketua menteri Pulau Pinang, terbang dari Langkawi ke Pulau Pinang pada kira-kira jam 8 malam, selepas menaiki kapal selam Scorpene KD Tun Razak, untuk menghadiri mesyuarat tergempar pada jam 10 malam, dengan tiga pemimpin DAP yang sedang bertelagah.

Mereka adalah Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy; ADUN Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A Thanasekharan (Bagan yang  bertelagah mengenai kenyataan berhubung 'godfathers'.

Kenyataan tersebut muncul selepas pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh menasihatkan pemimpin parti itu supaya jangan menjanji dan mengumumkan kerusi untuk kepada kroni dan penyokong mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebarang Keputusan mengenainya,  tegas Karpal, adalah budibicara jawatankuasa eksekutif pusat parti itu.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Lim dijangka menyelesaikan pertelingkahan tersebut bagi mengelak ianya 'meletup' di konvensyen parti itu esok.

NONE Selain Lim, Karpal (kanan) dan pihak-pihak yang bertelingkah, mesyuarat tertutup itu turut dihadiri pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan setiausaha DAP negeri, Ng Wei Aik.

Pertelingkahan itu semakin meruncing apabila Rayer yang juga ahli jawatankuasa pusat DAP, cuba mengadakan tunjuk perasaan bersama dengan kira-kira 40 yang lain, di ibu pejabat parti itu di Jalan Talipon semalam (Jumaat).

Rayer membatal hasrat itu atas nasihat Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang tetapi mengadakan sidang akhbar untuk menekan Ramasamy supaya menarik balik kenyataannya mengenai 'godfather' itu dan memohon maaf kepada pemimpin-pemimpin kanan parti.

Rayer juga mengecam pembantu peribadi Ramasamy Satees Muniandy, yang menulis dalam tweet mendakwa dua wakil rakyat telah "menyalahgunakan dana kerajaan negeri".

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS