Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Tidak harus ada peranan ‘bapa angkat’ dalam agihan kerusi DAP pada pilihan raya umum akan datang kerana keputusan akan dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu, kata  timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy.

Katanya, peruntukan kerusi tidak akan diputuskan oleh seorang NONE sahaja tetapi oleh jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada beberapa pemimpin DAP yang lain.

Ramasamy, yang juga timbalan ketua menteri II Pulau Pinang, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh, yang baru-baru ini memberi amaran tidak perlu ada "panglima perang" dalam parti itu yang bercadang menjanjikan kerusi tertentu untuk kroni-kroni mereka.

Menurut beliau, tindakan Karpal mengeluarkan kenyataan itu adalah tepat kerana kedudukannya sebagai ketua parti, tetapi beliau tidak bersetuju bahawa kata-kata itu ditujukan kepadanya secara peribadi.

"Kita semua setuju tidak harus ada ‘panglima perang’ dalam DAP, tetapi sepatutnya juga tidak harus ada ‘bapa angkat’, juga," kata Ramasamy.

"Saya akan berbincang dengan Karpal mengenai perkara ini kerana saya tidak fikir beliau  mensasarkan saya secara peribadi, seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

"Saya faham politik. Saya seorang pensyarah dalam bidang sains politik selama 25 tahun," katanya.

Ramasamy yang juga ADUN Prai merujuk kenyataan Karpal yang terbaru, seperti yang dilaporkan pada laman Free Malaysia Today (FMT), bahawa "tiada seorang pun mempunyai kuasa untuk memilih atau mengumumkan senarai calon dan agihan kerusi.

NONE "Hanya kepimpinan tertinggi mempunyai keistimewaan untuk berbuat demikian," kata Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, semalam.

Menurut portal itu, Karpal ( kiri ) membidas Ramasamy dan memberi amaran bahawa DAP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib tegas terhadap mereka yang cuba bertindak sebagai ‘panglima perang’.

Peguam tersohor itu merujuk kepada beberapa laporan akhbar-akhbar berbahasa Tamil yang memetik Ramasamy sebagai mengumumkan keputusan mengenai agihan beberapa kerusi parti itu.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini , pagi tadi, Karpal memberi amaran tentang penggunaan ‘bapa angkat’ bagi menggambarkan pemimpin veteran parti itu tetapi katanya, mereka diperlukan bagi memastikan perkembangan DAP.

Meskipun mengakui label ‘bapa angkat’ mungkin disalahfaham, tetapi Karpal berkata parti itu tidak memerluikan ‘panglima perang’.

Panglima katnya, adalah pemimpin parti yang menjanjikan kerusi dan membuat pengumuman bagi pihak kroni mereka sebelum keputusan muktamad CEC.

Namun, ‘bapa angkat’ adalah pemimpin yang telah berkhidmat lama membantu parti dari permulaan sehingga generasi muda mampu bangkit ke kedudukan mereka hari ini.

“Pemimpin DAP berada di kedudukan mereka sekarang kerana perjuangan bapa angkat,” katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS