Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kebimbangan ahli Umno yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon mensabotaj parti menjadi tajuk panas pada perhimpunan agung Umno kali ini. Ia berikutan konsep calon boleh menang atau 'winnable candidate' yang ditimbulkan kali ini  yang menandakan kriteria asas tidak lagi akan dijadikan panduan.

NONE Daripada ucapan perwakilan, adalah jelas perbalahan bagi menjadi calon pada peringkat bahagian mungkin disabotaj oleh mereka yang tidak dicalonkan dan penyokong mereka adalah satu kebimbangan bagi Umno.

Beberapa perwakilan menimbulkan perkara itu dan mahu kepimpinan parti bertindak bagi menyelesaikan masalah itu, termasuk membentuk sebuah jawatankuasa disiplin.

“Winnable Candidate - tidak ada masalah kita serah kepada presiden, tetapi Datuk Seri Presiden ambillah iktibar pilihan raya lalu, calon kalah jangan letak kesalahan kepada bahagian

“Kenapa kita tidak ambil tindakan, ini lebih dahsyat dari pembangkang, musuh dalam selimut, tubuh jawatankuasa disiplin PRU-13 serta merta,” kata wakil Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir.

   

NONE Sesetengah perwakilan berpendapat kekalahan memalukan Umno pada 2008 adalah kerana dikhianiti di kalangan parti sendiri, khususnya di Kedah. Ini jelas kerana undi rosak adalah lebih tinggi daripada majoriti yang diterima oleh Pakatan.

Kebanyakan pemerhati politik juga berpendapat bekas perdana menteri dan juga presiden Umno, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengetuai kempen BN pada pilihan raya umum lalu telah menimbulkan kemarahan ramai pemimpin Umno dengan menyenaraikan calon-calon pilihannya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS