Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Keahlian Umno capai 3,297,358 orang
Diterbitkan:  Dec 1, 2011 3:58 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Keanggotaan Umno mencecah 3,297,358 orang sehingga semalam, dengan Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 487,447 orang.

      

Setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Bahagian Silan di Sabah mempunyai anggota teramai 44,440 orang, manakala Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor  mempunyai anggota peringkat cawangan paling ramai iaitu 1,631 orang.

Jumlah keseluruhan perwakilan Umno yang hadir pada perhimpunan kali ini ialah seramai 2,711 orang, katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini.

    

Beliau berkata perhimpunan kali ini turut melibatkan 78 delegasi mewakili 26 parti dari 24 negara termasuk Bangladesh, Palestin, Singapura dan Indonesia, serta 64 perwakilan daripada 74 Kelab Umno Luar Negara.

    

Umno juga katanya menyebar luas penggunaan media baru melalui Facebook Media Plus Malaysia dan Twitter Umno Online dan juga informasi ringkas melalui SMS Plus.

- Bernama

ADS