Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil meminta bukan Melayu dan bukan Islam supaya jangan bimbang sekiranya parti itu menjadi kuat.

Tegasnya, kekuatan Umno "tidak menjadi ancaman" kepada mereka, sebaliknya ia akan membawa kepada kestabilan kepada BN, di mana Umno merupakan tunjang kepada gabungan itu.

"Kekuatan Umno tidak jadi ancaman kepada sesiapa, tetapi membawa kestabilan.

NONE "Umno meningkatkan tahap perpaduan, yang memberi keuntungan kepada semua, kepada bukan Islam dan bukan Melayu. Umno kalah, BN teruk," katanya sewaktu menggulung perbahasan Mesyuarat Agung Pergerakan itu di PWTC lewat petang ini.

Katanya, sekiranya Umno dilihat lemah, maka parti itu tidak dapat meneruskan agenda membela agama, bangsa dan negara.

Dalam ucapannya juga, Shahrizat yang juga menteri pembangunan wanita turut mengingatkan perwakilan yang hadir supaya jangan bercakaran sesama sendiri.

"Jadilah contoh kepada (mereka) di sana... Jadilah perhimpunan tahun ini sebagai titik tolak untuk menggalas agenda memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

"Kalau kita abai, kita (akan) terima padahnya," katanya sambil  menyeru perwakilan agar jangan bimbang dengan "nasibnya".

"Hanya (kepada) Allah saya serahkan," katanya dalam ucapan selama 10 minit.

Sementara itu, beliau juga akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk memberitahu menteri berkenaan mengenai cadangan dan perkara yang dibangkitkan para perwakilan.

Mengakhiri majlis tersebut, beliau melaungkan "Hidup Umno, Hidup BN" beberapa kali yang kemudiannya disambut 944 perwakilan yang hadir.

Selepas itu, mereka juga menyanyikan lagu Inilah Barisan Kita dan Negaraku bersama-sama.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS