Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Perbahasan dua perwakilan Pemuda Umno hari ini mensasarkan serangan mereka terhadap DAP dan PAS - parti gabungan dalam Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang dan Kedah.

Kedua-dua negeri itu kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

NONE Perwakilan daripada Pulau Pinang Syeikh Husin Maidin mendakwa DAP mentadbir di pulau mutiara sepanjang tiga tahun di negeri itu dengan bersikap "memusuhi Islam dan Melayu".

Bahkan Sheikh Husin yang juga ketua Pemuda Umno Pulau Pinang  mendakwa dua lagi rakan gabungan Pakatan - PAS dan PKR - dayus dan diam membisu dengan tindakan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Dalam ucapan perbahasannya, beliau memberikan contoh beberapa langkah yang dibuat oleh Lim, antaranya mengumumkan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri itu.

Syeikh Ismail juga mendakwa PAS dan PKR membisu terhadap tindakan Lim yang didakwa membatalkan perarakan Maulidul Rasul.

"Tiba-tiba mereka batalkan perarakan Maulidul Rasul. Surat rasmi kita ada. Dia memusuhi Melayu dan Islam secara terbuka. Rasis.

"Siapa saja, Melayu, Cina, India yang menyokong DAP, depa mereka daripada bangsa bangsat (perwakilan tepuk). Saya ulang sekali lagi, DAP adalah bangsa bangsat. mampuih pi depa nak kata apa, katalah. Saya bercakap demi Allah dan Rasul," katanya.

NONE Selain itu, katanya, Lim juga didakwa merobohkan gerai-gerai milik Melayu  yang didakwanya tidak mahu orang Melayu berjaya di Pulau Pinang serta tiada pampasan kepada nelayan Melayu yang terjejas akibat pembinaan jambatan Pulau Pinang yang kedua.

"PAS diam, bapuk. PKR (pun) diam... Saya minta dayus-dayus PAS dan PKR jawab (isu-isu ini)," katanya.

Sementara, perwakilan Kedah Badrul Hashim Hashim berkata rakyat di negeri ini kini asyik didendangkan dengan slogan "Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua" yang diperkenalkan oleh kerajaan yang diketuai Menteri Besar dari PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau mendakwa kerajaan Pakatan gagal mengotakan janji yang dibuat dalam pilihan raya umum lalu, malah mempersoalkan tentang pelaksanaan janji-janji tersebut, dengan memberi contoh projek perumahan yang dijanjikan, antaranya di kawasan Yan dan Baling.

"Tetapi di mana hujung projek ini... Tidak ada rumah... Tidak ada penyelesaian untuk menunaikan janji.

"(Ini semata-mata) gula-gula pilihan raya, retorik politik untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya," katanya.

NONE Sehubungan itu, beliau yang juga ketua Pemuda Umno Padang Terap menyifatkan polisi kerajaan negeri "tidak jelas,  tidak ada keikhlasan sejajar dengan apa yang dijanjikan".

Manakala, perwakilan Perak Khairul Azwan Harun membidas kenyataan pemimpin DAP Nga Kor Ming yang didakwa menggelar Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai 'hitam metalik"

"Hati DAP lebih hitam... Marilah sama-sama kita robek, cungkil betapa hitamnya (hati) DAP.

"Kita jangan risau, khuatir untuk teruskan usaha menceritakan keburukan pimpinan DAP yang bersikap rasis, "katanya.

Bahkan Khairul Azwan berkata wujudnya pemimpin India dalam DAP "tidak senang" susulan dari kenyataan Nga itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS