Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Saham syarikat anak Najib terus melonjak
Diterbitkan:  Nov 21, 2011 1:14 PM
Dikemaskini: 5:17 AM

Saham Harvest Court Industries terus meningkat hari ini apabila harganya melonjak 23 sen kepada RM1.56 dengan 1.1 juta saham diniagakan sehingga jam 10.56 pagi dan muncul sebagai antara saham paling untung.

azlan Harga saham kaunter itu meningkat pada Jumaat lalu selepas merosot selama dua hari sebelum itu.

Kaunter itu juga memulakan dagangan sebagai kaunter bertanda pada Rabu.

Bursa Malaysia mewajibkan bayaran permulaan bagi dagangan saham syarikat itu bagi mengekang spekulasi berlebihan.

Harga saham Harvest Court telah melonjak ke paras rekod tertinggi sejak bulan lalu, apabila anak kedua perdana menteri, Nazifuddin Najib dilantik sebagai lembaga pengarahnya.

Sebelum ini, sayariakt pembalakan itu dilaporkan mengahdapi masalah kewangan sejak beberapa tahun lalu tetapi menjadi saham paling rancak di Bursa Malaysia sejak dua minggu lalu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS