Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lim: DUN hanya dibubar selepas rundingan Pakatan
Diterbitkan:  Nov 20, 2011 6:33 PM
Dikemaskini: 11:14 PM

Keputusan sama ada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang akan dibubarkan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat akan hanya dibuat selepas perbincangan dengan parti komponen Pakatan Rakyat.

selangor dap congress 2011 2 Justeru, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng beliau tidak akan tergesa-gesa membuat sebarang keputusan kerana keadaan mungkin berubah mengikut senario semasa.

Lim berkata, sebaik sahaja Najib mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13, beliau akan bermesyuarat dengan parti-parti komponen pembangkang dan juga barisan kepimpinan pusat Pakatan.

Beliau yang juga setiausaha Agung DAP tindakan itu supaya fokus dapat diberikan sama ada untuk mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan pemilihan di peringkat persekutuan.

Lim yang ditemui wartawan di Kuala Lumpur selepas melancarkan konvensyen tahunan ke-16 DAP Selangor, berkata Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN jika pilihan raya diadakan tahun ini.

selangor dap congress 2011 lim guan eng 2 Khamis lalu, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mengumumkan bahawa DUN Selangor tidak akan dibubarkan sehingga sekurang-kurangnya Jun tahun depan.

Mengulas keputusan itu, Lim berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan katanya, ia adalah keputusan dan prerogatif Khalid.

"Saya ambil pendekatan berbeza. Saya mahu berunding dengan rakan-rakan Pakatan yang lain,” kata Lim.

[Baca berita penuh]

ADS