Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hasan Ali: Pakatan perlu terbuka perjuangkan Islam
Diterbitkan:  Nov 20, 2011 2:29 PM
Dikemaskini: 6:41 AM

Datuk Hasan Ali mengaku amanah yang dipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberi kesan kepada hubungan beliau dengan  pemimpin PAS.

hasan ali umno pas selangor talk quality hotel 300708 05 Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala  tindakannya, walaupun  betul daripada segi menegakkan Islam, ditolak atas perkiraan politik.

"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorang yang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan juga tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,” kata Hasan dalam wawancara dengn portal pro-kerajaan, Antarapos.com .

“Tetapi ini… kadang-kadang yang benar pun atas nama politik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pula bukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orang menentang kita," tambah beliau.          

Dalam wawancara itu, Hasan turut  menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagai isu hak asasi.

Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasan dipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankan amanah yang diberi kepadanya.

Pengertian hak kebebasan

“Saya tidak sangat bimbang mengenai hak kebebasan, keadilan, ketelusan dalam kerajaan dan sebagainya yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, saya tidak ada masalah tentang itu,” kata beliau.

NONE “Hanya yang jadi masalah saya apabila kita panjangkan pengertian hak kebebasan itu hinggakan saya sebagai exco agama tersekat-sekat kebebasannya.

“Sebagai contoh, kita mencegah orang minum minuman keras di khalayak ramai, dikata tak boleh dicegah kerana ini adalah pilihan dia, hak asasi dia jadi kita mesti izinkan dia berbuat demikian sedangkan ini bertentangan dengan Enakmen kita," kata Hasan.

Dalam wawancara itu, Hasan diajukan beberapa persoalan mengenai kebertanggungjawaban beliau selaku exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu. Beliau turut  menjaga portfolio infrastruktur dan kemudahan awam.

Hasan ditanya mengenai kekangan dan kecaman yang sering diterimanya bersabit isu-isu pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum Islam di Selangor.

azlan Ini termasuk usaha melarang penjualan arak di kedai-kedai serbanika di Shah Alam,  mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor bersabit isu Gereja Methodist Damansara Jaya dan pendedahan  beliau mengenai cubaan untuk mengkristiankan orang Islam di Selangor.

Yang terbaru, ialah tindakannya menyertai gerakan HIMPUN bulan lalu bagi membicarakan isu murtad walaupun PAS bersama parti DAP dan PKR tidak menyokong perhimpunan  itu.

Dua bulan lalu, Hasan digantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ADUN Meru, Dr Rani Osman  dalam satu rombakan yang disifatkan “biasa” oleh pimpinan PAS.

Sentiasa “diteropong”

Dalam wawancara itu, Hasan menegaskan keperluan parti komponen pembangkang untuk lebih terbuka dalam perjuangan Islam yang diisytiharkan oleh PAS.

azlan "Bagi saya, kalau teman-teman dalam komponen Pakatan Rakyat dapat terbuka sikit, misalnya kalau nak laksanakan (negara) Islam (tak boleh)  kata 'over my dead body” (langkah mayat saya dulu).

“Ini,  rasa saya, tidak cantik dan kita harus menghormati (perjuangan PAS). Kalau PAS tidak memperjuangkan Islam, jadi apa itu PAS? Saya tidak nampak apa yang ada pada PAS," katanya.  

Kenyataan yang dirujuk oleh Hasan itu diluahkan Pengerusi DAP Karpal Singh pada tahun 1999 sebelum beliau memohon maaf dua tahun lalu. Namun Karpal dan pimpinan tertinggi DAP masih bertegas tidak menyokong undang-undang Islam.

Hasan akur bahawa Portfolio Agama dan Adat resam Melayu yang dipegangnya menjadikan beliau sentiasa “diteropong” dan menjadi sasaran kritikan dan teguran pelbagai pihak termasuk dari  PAS.  

himpun rally hasan ali speaking Namun apa yang mendukacitakan ialah keghairahan untuk melempar tuduhan dan kritikan tanpa fakta dan tanpa mendapatkan penjelasan daripada beliau.

"Kalau ada teman-teman yang tidak suka dengan saya, sila jumpa saya untuk berbincang. Pintu pejabat dan rumah sentiasa terbuka, tetapi sehingga hari ini orang membuat kenyataan-kenyataan dan lemparkan tuduhan mengenai apa yang saya cakap terutama mengenai Islam dan Melayu…(mereka) tak jumpa saya tetapi dah bercakap dengan akhbar.

“Inilah masalah yang saya hadapi dan saya ingat kalau kita betul ikhlas dan kadang-kadang saya persoalkan mengenai kejujuran orang-orang yang membuat komen dan ulasan-ulasan negatif tanpa  menyelidik dulu. Tetapi  sayang, kerana sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat seronok hentam orang,” tambahnya.

Terlampau pedas

Dalam wawancara itu, Hasan tidak menafikan bahawa beliau dikehendaki oleh pihak Istana Selangor untuk “lebih tegas dan tuntas” dalam menangani pelbagai isu membabitkan kedudukan Islam dan adat Melayu.

Hasan berkata segala tindakannya setakat ini, walaupun sederhana namun terlampau “pedas” untuk ditelan pihak yang mempunyai kepentingan diri.

azlan "Apa yang saya lakukan setakat ini rasanya saya di peringkat sederhana, itu pun mendapat tentangan, kontroversi dan hiruk-pikuk.

“Apatah lagi kalau nak kata lebih tegas lagi, tegas yang bagaimana? Tegas itu relatif, selama ini Hasan Ali tak tegas ke? Lembik sangat ke? Tak bermaya ke? Tak bernafsu ke nak menjalankan kerja dan sebagainya?

“Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Istana itu ialah bertegas pada waktu dan ketika kita bertegas, berlembut pada waktu kita harus berlembut. Jadi inilah metadologi yang digunakan Nabi Muhammad SAW.

"Kalau nak tegas dan agresif sepanjang masa, itu bukan Hasan Ali. Kalau nak lembut dan melutut sepanjang masa tu pun bukan saya. Tapi ada masanya kita berkeras dan ada masanya kita berlembut. Saya fikir itulah metadologi Hasan Ali," katanya.

ADS