Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Noh: K'jaan Selangor takut beri mandat kepada rakyat
Diterbitkan:  Nov 18, 2011 7:51 PM
Dikemaskini: 11:53 AM

Kerajaan Negeri Selangor disifatkan takut memberi mandat kepada rakyat berikutan keengganannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekalipun jika Kerajaan Persekutuan bertindak membubar Parlimen.

NONE Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata tindakan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Keadilan Rakyat itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.

"Bila tiada pilihan raya tahun ini, mereka canang tidak akan bubar DUN tahun depan. Jika sampai pertengahan tahun depan masih tidak berlaku pilihan raya, mereka akan kata pula tidak akan bubar (DUN) sampai lima tahun.

"Kalau nak buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada 529 pelajar Tingkatan Satu hingga Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor petang ini.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada hari terakhir persidangan DUN Selangor semalam bahawa kerajaan negeri tidak akan membubarkan DUN pada Januari depan kerana mahu melaksanakan belanjawan negeri 2012 yang baru diluluskan.

Beliau berkata kerajaan Selangor wajar mencontohi kerajaan PAS Kelantan yang membubarkan DUN serentak dengan Parlimen seperti dalam semua pilihan raya umum sebelum ini.

"Kuasa membubar DUN memang bidang kuasa kerajaan negeri tetapi Kelantan tidak timbul masalah seperti di Selangor. Ini menunjukkan kerajaan Selangor lebih pentingkan politik daripada kepentingan negara," kata Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS