Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad membuat kesimpulan awal bahawa ketiadaannya dalam negara pada hari dia didakwa di mahkamah - kerana berceramah tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) - berkemungkinan dimanipulasikan.

generation 709 220711 khalid samad "Saya tidak mahu ada orang manipulasi berita. Dan saya tidak mahu pegawai JAIS tunggu kepulangan saya dengan waran tangkap.

"Saya sepatutnya hadir di Mahkamah Syariah pada 24 November, tetapi oleh kerana dalam perjalanan ke Palestin, saya lantik peguam saya sebagai wakalah (wakil) hadir bagi pihak saya di mahkamah," katanya dalam sidang media di lobi parlimen.

Dijadual terbang ke Kaherah hari ini, Khalid akan menyertai anggota parlimen PAS  Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang) dan Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) dalam program berarak menuju Baitul Maqdis bersama wakil rakyat daripada 15 negara.

Perarakan 26 November yang dianjurkan oleh Kesatuan Anggota Parlimen Asian-Eropah bertujuan membawa isu kesengsaraan rakyat Palestin bawah pendudukan Israel ke pentas dunia.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri disiasat JAIS bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, di Klang pada 16 Ogos.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS