Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umat Islam diumpan Injil bertenaga solar
Diterbitkan:  Nov 17, 2011 3:44 PM
Dikemaskini: 10:33 PM

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut  ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.

NONE Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran.

Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain.

Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

azlan “Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian.

Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam.

[Baca berita penuh]

ADS