Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menafikan beliau sedang mengaturkan mesyuarat dengan beberapa eksekutif kanan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi menyelesaikan kes tuntutan hutang jutaan ringit membabitkan bekas pengerusi Penerbangan Malaysia, Tan Sri Tajudin Ramli.

"Semak fakta awak, semak sumber. Saya tidak berjumpa dengan ketua pegawai eksekutif Telekom Malaysia, Zamzamraini Mohd Isa pada Selasa lalu.

NONE "Tolong telefon Zamzamraini untuk penjelasan," katanya menafikan laporan itu.

"Saya juga tidak aturkan pertemuan dengan mana-mana GLC.

"Kenapa saya harus panggil mereka kerana ini tidak membabitkan portfolio saya atau melibatkan diri saya," katanya.

Beliau juga menafikan terbabit dengan isu Tajudin itu.

Nazri mengulas laporan yang mendakwa dirinya mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan beberapa eksekutif kanan GLC bagi menyelesaikan kes tuntutan hutang jutaan ringit Tajudin, yang dijadual dibicarakan pada Februari nanti.

Sebelum ini, menurut sumber kepada Malaysiakini , mesyuarat percaturan itu sepatutnya bermula minggu ini, dengan kemungkinan GLC lain yang mahu mengheret Tajudin ke mahkamah mengaturkan pertemuan pada tarikh yang belum ditentukan.

"Amat luar biasa bagi menteri persekutuan untuk campurtangan dengan mengadakan mesyuarat dengan sektor swasta atau GLC bagi menyelesaikan pertikaian yang membabitkan pihak ketiga kerana Tajudin bukan seorang penjawat awam.

"Tiada sebab bagi kerajaan untuk campur tangan bagi pihaknya," kata sumber yang biasa dengan urusan GLC berkenaan.

[Baca berita penuh]

ADS