Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Dokumentari tak etika': Akhbar British bidas BBC
Diterbitkan:  Nov 16, 2011 2:19 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Siasatan badan penyiaran antarabangsa BBC mendapati berlaku pelanggaran serius rangkaiannya terhadap garis panduan editorial untuk program siaran, termasuk yang dihasilkan syarikat perhubungan awam FBC Media Ltd dalam isu berkaitan Malaysia.

NONE Dua akhbar British melaporkan, berlaku konflik kepentingan yang serius oleh pembuat program itu dan terdapat kegagalan mengisytiharkan bahawa dokumentari berkaitan ditaja pihak luar.

The Independent melaporkan bahawa program yang ke udara dalam saluran berita World News BBC dibuat untuk "kos nominal dan rendah", tetapi banyak dokumentari berkaitan isu persekitaran yang sensitif disiarkan.

Kesemua 15 program, didapati melanggar satu, atau lebih, undang-undang BBC dalam konflik kepentingan, tajaan aktiviti dan sumbangan dana untuk rancangan semasa.

Laporan itu menulis FBC media menerbitkan rancangan berkaitan Malaysia untuk BBC tanpa mengisytiharkan bahawa ia diperuntukkan dana £17 juta (kira-kira RM85 juta) oleh kerajaan Malaysia untuk kempen komunikasi stategik global.

FBC menerbitkan tujuh program tentang Malaysia di BBC, empat daripadanya dalam siri Develop or Die (bangunkan atau mati).

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS