Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PRM tetap mahu rampas tiga kerusi PKR
Diterbitkan:  Nov 15, 2011 12:25 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menegaskan mempunyai hak demokratik untuk bertanding di tiga kerusi yang kini dikuasai PKR dalam pilihan raya umum akan datang; dan sekiranya Pakatan Rakyat menolaknya, itu "masalah mereka".

leftist role in independence forum 150911 rohana ariffin "Sekiranya pembangkang tidak bersedia berunding, itu masalah mereka," kata Presiden PRM Rohana Ariffin.

Beliau berkata, pembangkang tidak seharusnya menekan "seperti yang dilakukan kerajaan".

Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.

Sekiranya perkara itu tidak dapat diselesaikan, maka pilihan raya umum yang dijangkakan seawal tahun depan akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara kedua-dua parti berkenaan dan BN.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS