Saham-saham Harvest Court Industries Berhad diletakkan sebagai ‘sekuriti bertanda’ dan digantung daripada diurus-niagakan hari ini oleh Bursa Malaysia setelah melonjak ke paras tertinggi sejak beberapa hari lalu.
Keputusan itu diumumkan melalui pekelilingnya yang disenaraikan di laman web Bursa Malaysia pagi ini. Semalam, harga saham syarikat balak itu naik kepada RM2.14, iaitu kukuh lebih 2,575 peratus daripada 8 sen yang dicatatkan pada 13 Oktober lalu.
"Sekuriti bertanda" adalah istilah ekonomi di mana pelabur perlu membayar tunai sebelum skrip diserahkan yang bertujuan membendung kegiatan spekulatif yang berlebihan.
Harvest Court bulan lalu, melantik anak kedua perdana menteri Mohd Nazifuddin Najib sebagai ahli lembaga pengarah syarikat itu, bulan lalu.baru-baru ini dilantik kedua anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Mohd Nazifuddin dan rakan niaganya, Raymond Chan sebagai pengarah pada 28 Oktober lalu.
The Edge Financial Daily dalam laporannya bertarikh 8 November lalu berkata, Nazifuddin pada 4 Nov membeli 2 hingga 3 juta saham dalam syarikat itu - iaitu 1.7 peratus daripada jumlah keseluruhan syraikat itu - manakala Chan dikatakan telah memperoleh kepentingan 13.83 peratus.
[Baca berita penuh]