Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pembelian kondominium berharga RM10 juta seunit oleh anak syarikat projek penternakan lembut, Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) adalah perbelanjaan tidak berhemat khususnya ketika pasaran hartanah mewah yang mengalami trend penurunan, kata pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

NONE Bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini, beliau berkata hujah yang dikemukakan adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.

Memetik statistik oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH), beliau berkata bahawa terdapat 66,328 unit kondominium mewah di negara ini yang masih belum dijual.

"Pasaran hartanah mewah, terutamanya bagi kondominium mewah seperti yang dibeli oleh NFC, dijangka akan mengalami penurunan harga dari tahun 2010 dan tahun-tahun akan datang," kata Rafizi (kiri), seorang akauntan bertauliah yang pernah berkhidmat sebagai pengurus kanan di syarikat petroleum negara, Petronas.

"Ini satu keputusan yang gila. Saya tidak mempunyai kata-kata (untuk menghuraikannya) - jarang dibuat, tidak pernah didengari, malah pelik untuk melabur dalam kondominium mewah sebagai pelaburan jangka pendek terutamanya ketika pasaran yang lembap.

NONE "Mungkin syarikat-syarikat pelaburan hartanah atau syarikat induk tertentu melakukannya tetapi ia sudah pasti sesuatu yang ganjil, apa lagi pelaburan yang dilakukan oleh sebuah syarikat penternakan lembu,” katanya.

Rafizi mengulas kenyataan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar.

Menurut Khairy, pembelian kondominium itu dibuat supaya syarikat itu mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembunya mengalami kelewatan operasi.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

NONE "Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Bagi, Rafizi, wang tunai berlebihan itu sepatutnya digunakan untuk pelaburan mudah tunai seperti pasaran ekuiti ataupun dalam simpanan tetatp jangka pendek dan bukannya dalam pelaburan hartanah.

ADS