Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Isu berhubung pindaan perlembagaan menjadi tumpuan pada hari kedua pendengaran awam yang dijalankan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk pembaharuan pilihan raya hari ini.

NONE Persoalan sama ada akta berkaitan perlu dipinda menjadi masalah utama  yang sering ditanya oleh anggota jawatankuasa berkenaan kepada NGO dan juga individu yang hadir sebagai saksi.

Pindaan undang-undang berkenaan adalah berhubung isu penggunaan dakwat kekal.

Seorang anggota PSC, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad ketika mengemukakan soalan berkenaan beberapa kali melandaskan isu itu dengan kekhuatiran bahawa langkah untuk menggunakan dakwat kekal akan dicabar di mahkamah.

Ahli parlimen Kangar itu berkata, beliau tidak mahu isu itu menjadi seperti peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang didapati bercanggah dengan perlembagaan oleh mahkamah baru-baru ini.

s ambiga bersih at psc Mengikut Perkara 119 dalam perlembagaan, seseorang boleh menyatakan bahawa penggunaan dakwat kekal menyekat hak mereka untuk mengundi, tambah bekas menteri dalam negeri itu lagi.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan, ketika diajukan soalan itu, mengulangi pendiriannya bahawa pindaan perlembagaan untuk menggunakan dakwat kekal tidak diperlukan.

Beliau juga menyifatkan pindaan perlembagaan sebagai tindakan berlebihan seperti "menggunakan bom nuklear untuk membunuh semut" kerana ia hanya perlu melibatkan pindaan kepada peraturan pilihan raya.

Sebaliknya, langkah itu boleh dijalankan dengan mudah melalui Seksyen 16 Akta Pilihan Raya yang membenarkan SPR untuk membuat peraturan pilihan raya.

Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang "99.9 peratus" yakin bahawa pindaan perlembagaan untuk tujuan itu tidak diperlukan.

suhakam Khaw Lake Tee at psc Lim ketika memberi keterangan kepada PSC berkata, jika pindaan itu hendak dijalankan, semua kesalahan pilihan raya juga boleh dimasukkan ke dalam perlembagaan.

SPR dalam siri penjelasannya sebelum ini sering membangkitkan bahawa penggunaan dakwat kekal dibatalkan di saat akhir sebelum pilihan raya umum 2008 dijalankan atas nasihat Peguam Negara yang bimbang tindakan itu tidak mengikut perlembagaan.

 

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS