Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ROS nafi Pakatan kemuka permohonan baru
Diterbitkan:  Nov 10, 2011 1:11 PM
Dikemaskini: 5:18 AM

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman menafikan bahawa Pakatan Rakyat telah menghantar wakil untuk memfailkan permohonan baru untuk mendaftar gabungan itu.

NONE Dalam temu bual dengan Utusan Malaysia , Abdul Rahman ( kiri ) membidas pemimpin-pemimpin Pakatan -  Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, pengarah pilihan raya PAS Dr Hatta Ramli dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke yang mendakwa terdapat ‘muslihat politik’ apabila ROS enggan meluluskan permohonan pendaftaran mereka untuk menjadi satu parti.

Sebaliknya, dalam temu-bual dengan akhbar milik Umno itu, katanya, Pakatan tidak bersungguh-sungguh bagi mendaftarkan gabungan itu.

Menurut Abdul Rahman, permohonan pertama yang dibuat oleh bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim adalah terbatal secara automatik selepas beliau keluar PKR pada November tahun lalu.

“Dia (Saifuddin) sendiri pun tak faham bahawa bila Datuk Zaid tidak lagi jadi ahli PKR (pada 14 November 2010 setelah umumkan keluar daripada PKR) dan tidak ada kedudukan lagi dalam parti itu, maka permohonan itu terbatal dengan sendirinya.

NONE “Bila tak faham, dia bising pada press (surat khabar). ROS tak boleh bagi kelulusan sebab individu yang memohon (untuk dibentuk gabungan) itu sudah meletak jawatan,” katanya.

Bagaimanpun Abdul Rahman mengakui ‘buruknya ROS’ sebab tidak menasihatkan Pakatan berhubung apa yang perlu dilakukan selepas Zaid berpaling tadah.

“Maksudnya yang pertama ialah kalau kita luluskan, kita sebenarnya luluskan kepada Datuk Zaid kerana dialah pemohon. Ini bermakna, kelulusan kepada Datuk Zaid tetapi kalau kita bagi, jadi bodohlah kita sebab kita tahu dia bukan lagi ahli PKR.

“Yang kedua, kita tolak sahaja permohonan itu. Tetapi bila tolak nanti, pembangkang akan kata ‘kami nak buat rayuan pada menteri’. Sedangkan realitinya, permohonan itu sudah tidak ada locus standi,” katanya.

kamaruddin jaffar parliament 041208 Mengulas dakwaan Pakatan bahawa ahli parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar telah ditugaskan bagi mendaftarkan gabungan itu,  Abdul Rahman berkata pemimpin PAS itu tidak pernah datang ke jabatannya.

“Mereka ada dakwa bahawa Datuk Kamaruddin telah datang dan kononnya saya tak mahu terima.

“Eh! takkanlah seorang Ahli Parlimen datang saya boleh tolak macam itu sahaja. Ini cerita baru yang ditimbulkan Saifuddin. Saya sudah check dengan jabatan saya, memang tak pernah Datuk Kamaruddin datang untuk hantar permohonan yang baru,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS