Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa penghakiman mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 belum muktamad dan ia kekal sebagai undang-undang, menghampiri tindakan menghina mahkamah.

NONE “Apa yang dibuat adalah keputusan majoriti bukan orbiter dictum (semata-mata pendapat mahkamah),” kata bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berhubung Kebebasan Hakim dan Peguam, Datuk Param Cumaraswamy.

“Sebagai orang terpelajar dalam bidang undang-undang, Nazri sepatutnya mengetahui perkara ini. Ataupun Nazri jahil undang-undang?” soal Param yang adalah juga seorang peguam veteran dan bekas presiden Majlis Peguam.

“Nazri, sebagai jurucakap kerajaan tidak sepatutnya membuat kenyataan seumpama itu kerana beliau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung penghakiman Mahkamah Rayuan itu,” katanya memberi amaran.

Nazri membuat kenyataan itu di Dewan Rakyat ketika menjawab soalan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat Jawatankuasa kementeriannya - yang memberikannya imuniti.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS