Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan Selangor tidak boleh semudahnya mencuci tangan dalam isu kemasukan peninju Israel, Ilya Grad ke negara ini untuk satu rakaman program untuk stesen TV AXN.

shabery chik Ahmad Shabery juga berkata beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaannya sebelum ini bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM5 juta untuk program The Challenger Muay Thai itu.

Oleh itu, katanya, wakil pembangkang tidak seharusnya bersikap "talam dua muka, double standard dengan menuduh saya dengan macam-macam tetapi pada masa sama mereka terlibat".

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan exco pelancongan Selangor, Elizabeth Wong semalam yang menafikan penglibatan kerajaan negeri itu dalam penganjuran program realiti itu.

Elizabeth juga berkata, kerajaan negeri itu tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warga Israel memasuki negara ini.

Ahmad Shabery pula berkata, walaupun Selangor tidak terlibat dalam jemputan, kerajaan negeri itu masih boleh mengenakan syarat untuk memastikan tiada warga Israel memasuki negara ini.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing champion "Ini wang dia, jadi dia boleh kenakan syarat – 'saya boleh bagi kalau tidak ada (warga) Israel (sertai). Ataupun bila episod melibatkan peninju Israel saya tidak akan beri sokongan.'

"Macam-macam dia boleh buat tapi saya lihat logo Tourism Selangor itu ada dalam semua episod termasuk yang melibatkan (Ilya Grad).

"Ertinya kalau dia kata tak terlibat langsung, tak betul. Mengaku sajalah dia terlibat. Kementerian saya pun tak mampu nak beri sebanyak itu sebab banyak lagi perogram lain yang boleh kita bantu.

"Mungkin juga kalau tiada wang daripada mereka, program itu susah nak dijalankan," katanya lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

ADS