Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Ahli akademik M'sia seperti 'warganegara kelas kedua'.

Ahli akademik - kecewa terhadap pelanggaran hak kebebasan mereka, khususnya penindasan terhadap Prof Abdul Aziz Bari - dengan keras mengkritik suasana akademik di Malaysia, yang menurut mereka, membuahkan intelek yang menjadi pak turut dan tidak kritikal.

Pensyarah USM, Wan Manan Wan Muda berkata di Malaysia hari ini, ia bukannya memberikan kebebasan yang lebih besar seperti di Jepun dan Indonesia, di mana hak akademik dilindungi dalam perlembagaan, tetapi sebaliknya, ahli akademik negara ini dilayan seperti "warganegara kelas kedua".

Bercakap dalam satu forum di Universiti Malaya malam tadi, beliau berkata, di Jepun, ahli akademik dan pelajar universiti diberi kebebasan yang lebih kerana mereka dilihat sebagai lebih waras.

Bagaimanapun, katanya, di sini ahli akademik merupakan warganegara kelas kedua di mana mereka tidak boleh bercakap, membuat komen, kenyataan akhbar atau mengkritik pihak universiti.

Lebih buruk lagi, katanya, keadaan di Malaysia - yang mengamalkan pelantikan politik di universiti - adalah lebih teruk daripada di Afrika Selatan semasa era apartheid.

Katanya, keadaan dalam bidang akademik di Malaysia tidak banyak berubah sejak tahun 1985, yang menurutnya, adalah kemuncak bagi perjuangan untuk kebebasan akademik di negara ini.

Wan Manan berkata, ketika itu, pensyarah USM, Hashim Hussein Yaacob dan Rohana Ariffin, masing-masing telah dipecat dan diturunkan pangkat kerana membuat kenyataan kepada media, dan ia mencetuskan bantahan di kalangan ahli akademik.

Menurutnya lagi, kira-kira satu pertiga daripada 140 orang yang menandatangani kenyataan menyokong Abdul Aziz adalah orang yang sama yang bangun menyokong Hashim dan Rohana.

Sementara itu, prof madya Zaharom Nain dari Universiti ottingham berkata bahawa keadaan ini disebabkan oleh "sosialisasi" ahli akademik baru, yang kebanyakan mereka telah "ditapis" dari awal.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS