Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpendapat klausa 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diputuskan Mahkamah Rayuan sebagai menyalahi perlembagaan perlu dibuang terus.

"Kalau tidak sah, ia perlu dikeluarkan, (termasuk) klausa-klausa yang lain. Banyak yang perlu dipinda," kata presidennya Jais Abdul Karim.

sedaq protest against penang government 050210 gpms president jais abd karim Bagaimanapun, secara keseluruhannya, GPMS berpendirian AUKU bukan bertujuan menghalang mahasiswa berpolitik tetapi sebagai "alat kawalan" memandangkan tujuan utama mereka ke universiti untuk belajar.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, Jais berkata pindaan terhadap akta itu perlu dibuat dengan lebih relevan mengikut kehendak semasa dan sesuai dengan kematangan mahasiswa.

"Rombakan kepada AUKU untuk mengawal, bukan menghalang mahasiswa. Kalau halang mahasiswa, (masih ada) pelbagai cara untuk (mereka) berpolitik," katanya.

Mahkamah Rayuan semalam memutuskan bahawa Seksyen 15(5) akta berkenaan, yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya, tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Tak perlu ke Mahkamah Persekutuan

Ditanya sama ada kerajaan perlu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Jais berkata beliau tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

"Tumpu (saja) kepada pengubahsuaian akta tersebut," katanya.

ukm students failed to challenge uuca auku 280910 "Mahasiswa perlu lebih diberi kebebasan. Lagi disekat lagi memberontak. Mereka terdedah dengan ilmu baru. Mereka terdedah dengan informasi terkini. Kesedaran mahasiswa berpolitik kini lebih tinggi."

Jais juga mencadangkan universiti menyediakan subjek elektif  mengenai politik semasa dalam silibus pengajian kepada mahasiswa yang berminat.

"Berdasarkan silibus itu, mahasiswa dibawa ke mana-mana muktamar, persidangan agung atau pilihan raya kecil sebagai pendedahan untuk menggalakkan mahasiswa (berpolitik).

"Kemudian panggil ahli-ahli politik bercakap dan pensyarah tentukan arah tuju mereka dari segi falsafah dan gaya politik," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS