Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BN nafi dalangi demo mat rempit bantah Lim
Diterbitkan:  Nov 1, 2011 2:38 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

ADUN Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang kesal dengan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng kononnya Umno terbabit dengan tindakan sekumpulan penunggang motosikal yang membuat perarakan  membantah kepimpinannya semalam.

NONE Datuk Seri Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata dakwaan oleh Lim itu adalah ibarat "cakap ikut suka hati" kerana Ketua Menteri tidak mempunyai sebarang bukti.

Katanya Lim telah membuat tuduhan kononnya Umno terlibat dalam perarakan itu sedangkan ianya dianjurkan oleh sebuah NGO dikenali sebagai Pertiga (Pertubuhan Islam Gabungan Amal).

Beliau berkata demikian sebagai menjawab celahan Lim ketika Salleh Man (PAS-Permatang Pasir) sedang membahas usul Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2012 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Georgetown hari ini.

Semalam, polis menahan lima individu kerana menyertai perarakan di sekitar bandar raya ini, bagi membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim.

NONE Seramai 200 penunggang motosikal itu memulakan protes pada 12 tengah dengan melalui Jalan Penang sebelum ke Komtar dan Dewan Undangan Negeri.

Mereka juga memasang kain rentang yang meminta pembinaan litar lumba untuk anak muda berlumba motosikal serta memakai kemeja T kuning bertuliskan ayat "Selamatkan Pulau Pinang, LGE Rasis".

Lim berkata beliau kini "mula gentar apabila golongan mat rempit" juga menentang kerajaan negeri dan menyifatkan perbuatan mereka itu didalangi oleh Umno kerana terdapat perkataan "LGE Rasis".

NONE Datuk Ariff Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pula berkata Lim tidak perlu khuatir dan bersangka buruk terhadap golongan anak-anak muda itu sebaliknya harus berusaha mendekati dan memenuhi permintaan mereka.

"Mereka hanya meminta disediakan trek lumba, jadi kerajaan negeri haruslah berusaha supaya mereka berpeluang menjadi pelumba profesional," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS