Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Audit: Lebuhraya Senai-Desaru gagal ujian jalan

Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

NONE “Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.

“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.

Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.

“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”

Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.

NONE Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.

“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.

Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya,” kata laporan itu lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS