Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Isa secara rasmi belum dilantik pengerusi KPF
Diterbitkan:  Oct 25, 2011 8:25 AM
Dikemaskini: 12:28 AM

Pengerusi Felda Holdings Bhd, Tan Sri Isa Abdul Samad secara rasminya masih belum dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata Pengurus Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab kini masih memegang jawatan sebagai Pengerusi KPF.

NONE "Pengerusi KPF sekarang ialah Pengurus Besar Felda yang mempunyai kuasa eksekutif dalam pelbagai bidang dalam perjalanan urusan Felda.

"Sekiranya Tan Sri Isa menjadi Pengerusi KPF, beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif, maka tidak akan timbul konflik kepentingan," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2012 berkaitan Felda pada persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Ahmad Kasim mempertikai pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF yang dianggap akan menimbulkan konflik kepentingan.

Ahmad Maslan berkata pelantikan Isa sebagai Pengerusi KPF akan diputuskan oleh Lembaga Pengarah Felda mengikut undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta Koperasi 1993 dan undang-undang kecil KPF.  

- Bernama

ADS